Info

Headerbackground

Tinggalkan Perkataan Tidak Elok di bulan Ramadan

  1. Dalam berpuasa ini, barangkali ada kawan yang mencetuskan sesuatu yang boleh menyebabkan kita ingin membalasnya dengan kata-kata yang tidak elok. Tahanlah diri dan ucapkanlah: “Aku berpuasa
  2. Ini kerana puasa adalah proses tarbiah, mendidik jiwa kita dari terjerumus dalam melakukan perkara yang tidak baik. Latih diri untuk melakukan sedemikian kerana ia adalah sunnah.
  3. Perkara ini tidak terhad kepada ucapan yang terpacul dari mulut sahaja malah dari tulisan jari-jemari kita juga. Tahan diri kita dari menulis komen yang tidak baik dalam Facebook, WhatsApp, twitter dan sebagainya. Kerana luahan jari-jemari kita juga adalah lahir dari jiwa yang sedang berpuasa tersebut.
  4. Malah luahan dari jari-jemari ini lebih membimbangkan. Ia terkadang lebih laju dari apa yang terpacul dari mulut sekaligus memberi indikator tentang hati dan jiwa seseorang.

Semoga Allah membimbing kita.

Share this post

Headerbackground

Pesanan dari Dr. John Agwunobi MD semperna Ramadan

Ramadhan adalah bulan 🌙 penuh barakah, rahmat terbesar untuk manusia yang beriman.

Peluang untuk kita tingkatkan kesedaran atau taqwa kita.

KESEDARAN mengenai dari mana kita datang. Bukan kelahiran tetapi ciptaan.

KESEDARAN tentang tujuan kita diciptakan. Apakah untuk berkerja cari duit, makan minum, bayar bill, kahwin tunggu mati sahaja?

KESEDARAN tentang kemana kita akan pergi selepas mati. Semua orang akan mati, tak ada manusia walaupun apa kepercayaan dia, menolak hakikat mati.

Walaupun bulan barakah ini banyak peluang untuk hidupkan jiwa rohani dgn amalan, janganlah kita racuni tubuh badan dengan makan minum berlebihan yang tidak berkualiti!

Jom belajar dari Dr. John Agwunobi MD, berpesan mengenai peluang membaja tubuh kita dibulan Ramadhan dengan nutrisi berkualiti untuk sokong tubuh badan semasa waktu makan untuk tingkatkan manfaat serta nikmat berpuasa disiang hari. Proses pemulihan tubuh badan yg unik berlaku semasa berpuasa.

Please share https://t.me/kelabsihat

Share this post

Headerbackground

Apa Yang Anda Mahu

Apa yang kita PERCAYA maka itu lah kehidupan kita. Apa yang fikir selalu yang membentuk dunia kita.

TABIAT FIKIR BENTUK DUNIA KITA

Jika kita PERCAYA kita orang gemuk maka tersekat lah REZKI utk kita mudah menjadi kurus.. asal cuba saja rasa susah dan selalu nak putus asa

Jika kita PERCAYA kita memang kuat makan, maka tersekat lah REZKI kita utk berubah menjadi orang yg sihat kerana akan rasa susah nak tinggal bazar ramadhan, nak makan banyak

Jika kita PERCAYA tak apa lah gemuk pun, hidup ini sekali jer… nah tersekat lah rezki kita utk berubah dan kita sendiri akan menolak semua peluang utk berubah dengan memberi alasan yg kukuh..

APA YANG KITA PERCAYA SEDANG TENTUKAN, APA YANG SEDANG MENGALIR MASUK KEDALAM KEHIDUPAN KITA.

Semoga dibulan Ramadhan Mubarak kali ini, kita kembali yakin kita manusia yang bernilai, kita manusia yang berkemampuan dan kita manusia sangat special dan berharga.

Share this post

Headerbackground

Khasiat Nutrisi Bendi

Budaya makan tumbuhan segar sayuran dan buah2an seperti bendi dan 🥒🍅 🥬 🥕 🧅 🧄 setiap hari utk berikan nutrisi halus phytonutiets, bahan utama keperluan tubuh untuk kesihatan dan pemulihan tubuh secara alami.

Pastikan separuh pinggan dipenuhi sayuran, buah2an warna warni setiap waktu makan tengah hari dan malam. Formula ¼ ¼ ½ anjuran pinggan sihat adalah kaedah mudah utk bantu pengurusan berat badan dan juga bina tabiat makan sihat setiap hari. Tanpa perlu menghitung kalori atau tekanan dengan berdiet yang tidak dapat dijadikan gaya hidup sepanjang hayat.

Please share https://t.me/kelabsihat

Share this post

Headerbackground

Istimewa Ramadan: Cabaran Sedekah Subuh 465

Alhamdulillah Ramadan al-Mubarak semakin hampir. Bulan mulia yang ditunggu-tunggu saban tahun. Bulan pesta ibadah yang dijanjikan untuk kita semua.

Sempena Ramadan ini, Aman Palestin menganjurkan kempen CABARAN SEDEKAH SUBUH 465.

Sedekah Subuh 465 adalah sedekah berdasarkan bilangan hari Ramadan. Ramadan pertama, kita sedekah RM1, Ramadan kedua RM2 dan seterusnya dimana jumlah sedekah terkumpul sehingga 30 Ramadan adalah sebanyak RM465.

Setiap penyertaan Sedekah Subuh ini akan disalurkan kepada keluarga ibu tunggal di Palestin sebagai duit raya buat mereka menyambut Syawal.

Program dan kempen ini akan bermula pada 13 April sehingga 13 Mei 2021.

CARA PENYERTAAN:

Whatsapp *SEDEKAH465* ke 019-3357019 (Ustaz Nu’man)

Rebutlah peluang untuk kita bersama mencapai kenikmatan bersedekah di bulan Ramadan. Semoga Allah menerima segala amalan-amalan kita.

Sila guna ruang komen untuk share pandangan, bertanya atau sebarkan #suaraharapan

Please share https://t.me/kelabsihat

Share this post