Headerbackground

Tips Penjagaan Kulit Muka Dengan Betul

CARA JAGA MUKA

Penting tau untuk kita jaga muka, sebab apa? sebab muka kitalah yang jadi cermin diri kita. Jadi kita kena bertanggungjawab untuk sentiasa pastikan muka kita kelihatan bersih dan berseri, tujuannya ia dapat menunjukkan daya keterampilan diri kita. Muka adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, jadi kita perlulah menjaganya dengan baik. 

Kami sendiri dahulunya selalu tertanya macam mana nak jaga kulit muka. Banyak alasan bagi sesetengah orang, kononnya tidak ada masa untuk menjaga kulit muka. Padahal sebenarnya mudah saja. Kena rajin dan disiplin.

Kami nak kongsi tips yang ringkas, mudah dan berkesan, Insya-Allah. 

1. PILIH PRODUK MUKA BERSESUAIAN DENGAN JENIS KULIT

Mesti ada juga yang tanya kenapa kena pakai produk penjagaan muka. Jawapannya perlu, paling kurang 2 ke 3 kali sehari bergantung pada jenis kulit.

Sebab itu jugalah kita kena pastikan kita mengguna produk penjagaan muka yang bersesuaian dengan jenis kulit.

2. JANGAN GUNA TERLALU BANYAK PRODUK PENJAGAAN MUKA DENGAN SESUKA HATI

Serius tau. Kita kena berhati-hati dengan produk kulit muka atau istilah lain produk kecantikkan. Jangan suka campur aduk produk. Rosak kulit muka nanti. Kita kena ambil kira kandungan bahan produk juga. Sekarang ini, dipasaran terlalu banyak produk yang sukar untuk kita tahu sama ada telah diuji secara klinikal atau tidak. Pesanan kami, janganlah memakai pelbagai produk kecantikan sesuka hati kerana bimbang kulit muka akan menjadi rosak.

3. SENAMAN MUKA

Macam mana nak senaman muka? Kami pernah tengok video kat Youtube, mudah saja. Senaman untuk kuatkan otot muka dan bibir dengan sebut ‘Ma Me Mi Mo Mu’. Boleh ulang sebut 5-10 kali. Mudahkan.

Pernah juga kami dengar yang gelak pun senaman muka yang semulajadi. Betul ka?

4. ELAK SENTUH MUKA

Kami sendiri adda habit yang suka sentuh muka. Susah juga untuk mengelak dari menyentuh muka. Susahkan nak mengawal tindak ini. Kenapa kita perlu elak sentuh muka? Sebab kuman-kuman yang terdapat pada jari kita akan menyebabkan kulit kita terdedah pada bakteria dan menyebabkan kulit naik jerawat atau keradangan.

Kalau nak juga sentuh muka, pastikan tangan kita bersih. Gunakan kain/tisu/kapas apabila hendak memicit jerawat dan bilaslah dengan air biasa berulang kali. Ini kerana kulit muka kita sangat sensitif dengan bakteria dan kuman.

AKHIR KATA

Pastikan kita rajin & selalu membasuh muka dan rutin yang paling ringkas bagi yang beragama Islam adalah air wuduk yang membersihkan muka dan jiwa kita. Pastikan tangan kita bersih ketika hendak memegang muka dan selalulah membuat perawatan muka dengan memakai masker & scrub sekurang-kurangnya 2-3 kali seminggu.

Sentiasa berselawat dan berdoa pada Allah agar dengan izin-Nya muka kitaakan sentiasa berseri dan bercahaya, Insya-Allah.

Share this post