Fitonutrien

Fitonutrien merupakan bahan kimia yang dihasilkan oleh tumbuhan demi kesihatan tumbuhan. Tubuh manusia juga boleh bermanfaat dari fitonutrien dalam makanan tumbuhan. Fitonutrien boleh dijumpai dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna-warni, legume, kekacang, teh, bijirin dan rempah-ratus.

Antara jenis fitonutrien yang sering dijumpa termasuk karotenoid, flavonoid dan glukosinolat. Karotenoid bermanfaat untuk mata kita dan kesihatan sistem imun, karotenoid biasa dikatakan boleh membantu mengurangkan risiko degenerasi makular. Flavonoid boleh membantu menyokong pencegahan penyakit kardiovaskular, membantu dalam komunikasi sel yang sihat dan memberi manfaat detoksifikasi dan mengurangkan keradangan. Manakala glukosinolat yang terdapat dalam brokoli dan bunga kubis, boleh membantu membuang toksin dari badan kita.

Justeru, semasa mengambil makanan harian anda, ingat frasa 'makan pelangi'. Diet yang sihat dan seimbang ialah diet yang terdiri daripada pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran. Masukkan sebanyak sayuran berwarna-warni ke dalam diet anda, untuk memastikan anda mendapat serangkaian penuh manfaat fitonutrien.