Seperti bumi kita, tubuh kita kebanyakannya terdiri daripada air. Segala aktiviti harian kita menunjukkan kepentingan hidrasi. Semua fungsi tubuh manusia yang penting untuk aktiviti seharian kita - daripada tindak balas kimia yang berlaku di dalam sel sehingga mengekalkan suhu badan kita—kesemuanya bergantung kepada hidrasi yang mencukupi.
Sekiranya anda tidak terhidrat, tubuh anda akan memberi amaran seperti dahaga dan bermulut kering. Tetapi apabila mekanisme haus anda bermula, anda sudahpun berasa ternyahhidrat, oleh itu ia sangat penting untuk memastikan anda minum banyak air pada waktu siang. Yang sama penting ialah memastikan bayi dan kanak-kanak juga minum air yang mencukupi. Di samping itu, anda juga memerlukan air tambahan sekiranya berlaku cirit-birit atau muntah, demam, atau penat badan selepas kerja seharian.
Oleh itu, adalah amat penting untuk minum air yang mencukupi. Pengambilan cecair harian yang disyorkan adalah 2 liter. Tetapi, memenuhi keperluan ini mungkin agak sukar, terutamanya jika anda sering bersenam. Pastikan diri anda tetap terhidrat dan jika anda ingin menambahkan rasa ke minuman air anda, marilah menjelajahi produk Herbalife Nutrition.