Protein

Protein merupakan salah satu nutrien utama dalam makanan kita dan elemen penting dalam diet kita. Protein menyumbang kepada pertumbuhan jisim otot, penyelenggaraan tulang normal dan merupakan antara komponen sel badan kita.

Protein merupakan makronutrien yang penting bagi hampir seluruh sel dalam tubuh. Ia membantu tubuh kita menghasilkan molekul-molekul penting seperti hormon dan enzim, dan untuk membina dan mengekalkan tisu otot. Protein juga berfungsi untuk memenuhi rasa kelaparan. Tubuh anda sentiasa membina semula, memecah dan mengguna protein, justeru, ia sangat penting untuk memastikan protein yang secukupnya dalam diet harian bagi menggantikan protein yang telah digunakan. Falfasah Herbalife Nutrition mencadangkan bahawa sebanyak 30% daripada pengambilan kalori harian anda daripada protein, iaitu protein daripada tumbuhan seperti kacang soya, dan ternakan seperti ayam, ikan dan telur.

Meskipun keperluan individu berlainan, kita harus memastikan keperluan protein kita dipenuhi setiap hari, dan asid amino perlu diperoleh daripada diet kita dan bukan daripada otot kita. Produk berprotein tinggi Herbalife Nutrition merangkumi shake, bar dan suplemen, boleh mambantu anda meningkatkan pengambilan protein harian anda untuk mencapai tahap nutrisi yang optimum.