Sayur-sayuran, buah-buahan, legum dan bijirin merupakan sumber serat makanan. Serat tidak boleh dicerna oleh badan. Oleh sebab itu, ia memainkan peranan yang penting dalam proses pencernaan. Dengan menambah jumlah serat yang mencukupi ke sarapan anda, anda juga mampu mengelakkan daripada menjamu juadah manisan.
Terdapat dua jenis serat, iaitu serat larut dan serat tak larut. Serat larut boleh didapati dalam makanan seperti epal, oat dan kacang—menebal dan mengembang dalam persekitaran berair dalam perut anda dan mengenyangkan anda dan pada masa yang sama dan menjaga tahap darah gula. Sementara itu, serat tak larut yang terdapat dalam kebanyakan sayur-sayuran dan bijirin menyerap air di saluran bawah usus dan memudahkan pembuangan sisa melalui sistem penghadaman anda, dan membantu anda membuang air besar secara tetap.
Buah-buahan, sayur-sayuran, biji-bijian dan kekacang merupakan sumber serat makanan yang terbaik. Suplemen serat juga boleh dimasukkan ke dalam diet anda bagi membantu anda mencapai sasaran pengambilan harian sebanyak 25 gram. Untuk membantu anda mencapai pengambilan harian yang disyorkan, kami menawarkan pelbagai penyelesaian dan suplemen yang kaya dengan serat. Rancangkan diet serat tinggi anda dengan Herbalife Nutrition.