Vitamin Dan
Mineral

Vitamin dan mineral juga dikenali sebagai mikronutrien. Dibanding dengan makronutrien seperti protein, karbohidrat dan lemak, mikronutrien hanya diperlukan dalam jumlah yang amat kecil. Di samping itu, mikronutrien memainkan peranan utama bagi beberapa fungsi yang penting. Mineral, seperti tembaga dan magnesium membantu mengekalkan metabolisme normal dan fungsi tisu.

Terdapat empat kategori mikronutrien termasuk vitamin larut air, vitamin larut lemak, mikromineral, dan mineral surih yang memberi manfaat kepada tubuh kita dalam cara yang berlainan. Vitamin larut air seperti vitamin B dan vitamin C, membantu mencegah kerosakan sel daripada tekanan metabolik dan menghasilkan tenaga. Vitamin larut lemak termasuk vitamin A, D, E dan K melindungi penglihatan, menyokong pembekuan darah dan menyediakan antioksidan untuk memerangi keradangan. Sementara itu, mikromineral adalah mineral biasa seperti kalsium, fosforus, magnesium, natrium dan kalium yang diperlukan untuk mengekalkan otot, kekuatan tulang dan mengawal tekanan darah. Mineral surih seperti mangan besi, tembaga, zink, dan selenium membantu menyokong fungsi sistem saraf dan melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh stres.

Perlu diingatkan bahawa dengan pengecualian beberapa vitamin, badan kita tidak dapat menghasilkan mikronutrien, oleh sebab itu adalah sangat penting untuk kita mengambilnya setiap hari. Pelbagai produk Herbalife Nutrition menawarkan suplemen yang kaya sumber vitamin dan mineral – justeru anda tidak perlu risau tentang memenuhi keperluan harian anda. Ketahui lebih lanjut tentang penyelesaian kami dan tingkatkan profil mikronutrien anda dengan Herbalife Nutrition.